Mutiara di Lautan Ujian

mutiara

Ribut tak henti membadai,

pantai tak jemu dihempas ombak yang ganas,

Begitulah kehidupan lumrahnya alam,

ujian datang bagai ombak yang berterusan,

di lautan yang luas saujana,

ketika hati kedukaan di sapa kesedihan,

ketika musibah datang sebagai tetamu tak diundang,

hati mungkin bertanya mengapa,

mencari jawapan siang dan malam,

terkadang jawapan itu samar,

yang pasti itulah teguran,

dari tuhan kerana sayang kepada insan,

satu peringatan dari kelalaian,

diri yang hanyut di lautan nikmat dunia,

ingatlah fitrahnya alam,

siang hanya datang setelah malam berlalu,

di sebalik kesulitan ada kemudahan,

rahmat Allah ingatkan sentiasa,

di sebalik ombak yang ganas,

ada pantai yang memutih indah,

di sebalik badai ditengah lautan,

ada mutiara bersinar cemerlang,

rahmat tuhan pasti datang,

pada insan yang beriman.

Kisah Nabi Yusuf : Rahmat di Sebalik Ujian Allah

Al-quran diturunkan kepada manusia sebagai manual kehidupan. Insan yang menghayatinya akan merasai kehebatan kalam Maha Pencipta. Kisah teladan dalam Al-Quran terlalu indah dan teralu hebat pengajarannya. Siapa yang menghayati kisah Nabi Yusuf dalam surah Yusuf pasti tersentuh hati dengan ujian yang dilalui oleh Nabi Yusuf dan bapanya Nabi Yaakub. Bagaimana Nabi Yusof yang berakhlak mulia menjadi mangsa dengki khianat saudaranya sendiri sehingga cuba dibunuh oleh saudara-saudaranya yang lain. Begitu kita dalam kehidupan ini. Akhlak yang sebaik mana pun yang ada pada kita, kita tidak akan terlepas dari perasaan benci, dengki dan khianat oleh manusia-manusia sekeliling kita. Itulah lumrah kehidupan ini, ada kebaikan dan ada juga keburukan. Tetapi walau sehebat mana pun perancangan manusia, tidak mungkin dan tidak sekali-kali akan dapat mengatasi kekuatan perancangan Allah. Perancangan Allah pasti terlaksana. Hanya yang dikehendaki Allah akan berlaku. Begitulah dinyatakan Allah di dalam Alquran surah Al-Imran ayat54 :

وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ

“Dan mereka merancang,dan Allah juga merancang, dan Allah lah sebaik-baik perancang”

alquran

Allah menyelamatkan Nabi Yusuf yang dibuang ke dalam telaga oleh saudara-saudaranya. Baginda kemudiannya dibesarkan oleh seorang pembesar negara Mesir. Diuji lagi dengan godaan isteri pembesar tersebut dan kemudian beliau difitnah. Baginda kemudian dipenjarakan untuk tempoh masa yang lama. Begitulah Allah menguji hambanya yang beriman. Namun tiada keluhan dan rungutan sedikit pun daripada seorang Hamba yang soleh ini. Sehinggalah akhirnya, dengan rahmat Allah, Allah mengurniakannya kekuasaan di negeri Mesir kepada nabi Yusuf. Begitulah ketentuan Allah. Allah memuliakan hambanya selepas hambanya lulus bila diuji. Takkan terbanding ujian kita dengan ujian nabi Yusuf. Tapi hati yang beriman sentiasa redha dan merestui ujian yang diterima. Di sebalik ujian Allah, ada rahmat yang tidak ternilai harganya. Rahmat yang tak akan dapat dibayar dengan jutaan wang ringgit dan emas dinar. Hayatilah doa yang cukup  yang diadukan oleh nabi Yusof setelah diberi kurniaan oleh Allah diatas ketabahan hatinya:

 
Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Engkau telah mengurniakan daku sebahagian dari kekuasaan (pemerintahan) dan mengajarku sebahagian dari ilmu tafsiran mimpi. Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi Engkau Penguasa dan Pelindungku di dunia dan di akhirat; sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh”. (Surah Yusuf 12: 101)

The True Love

Everything in this world is quite dark without love. Some people seeking for love to fulfill their felling of need of happiness. But did we really know, that the core of the love is the love to our Creator. He always give his  love to us without any condition. Every breath that we take in our whole lives is given by Him without any payment. Allah is the Almighty, Thank You Allah.Image 

Aku Hanyalah Hamba

Digelar Datuk, Tan Sri dan pelbagai gelaran yang tinggi,

tapi aku hanyalah hamba

Disanjung, dipuja dan dipuji,

tapi aku hanyalah hamba,

Di keliling ku harta seluas bumi,

tapi aku hanyalah hamba,

Di bahu ku pangkat dan darjat yang hebat,

tapi aku hanyalah hamba

Hamba siapa?

Hamba pada Si Pencipta,

Hamba pada yang Maha Berkuasa ke atas segala-galanya.

Segala keindahan hidup ini, datang dari Nya,

Akulah hamba kepada Allah, Tuhan sekelian alam

Hati Yang Damai

arus

Ketika insan hanyut di arus dunia yang deras, sedetik ingatan kepada Rahmat Allah akan menyelamatkan insan dari kelemasan kehidupan dunia. Sering kita terlupa, dunia yang dikejar tidak menjamin hati yang damai dan jiwa yang tenang, Hanyalah ingatan kepada Pencipta Yang Esa, akan membawa insan kepada ketenangan. Terkadang arus yang tenang juga menghanyutkan jiwa insan yang apa dengan kenikmatan dunia. Wahai Allah, selamatkanlah hambamu ini. Aku tidak berdaya tanpa pertolongan Mu. Ampuni dosa hambaMu ini.