Mutiara di Lautan Ujian

mutiara

Ribut tak henti membadai,

pantai tak jemu dihempas ombak yang ganas,

Begitulah kehidupan lumrahnya alam,

ujian datang bagai ombak yang berterusan,

di lautan yang luas saujana,

ketika hati kedukaan di sapa kesedihan,

ketika musibah datang sebagai tetamu tak diundang,

hati mungkin bertanya mengapa,

mencari jawapan siang dan malam,

terkadang jawapan itu samar,

yang pasti itulah teguran,

dari tuhan kerana sayang kepada insan,

satu peringatan dari kelalaian,

diri yang hanyut di lautan nikmat dunia,

ingatlah fitrahnya alam,

siang hanya datang setelah malam berlalu,

di sebalik kesulitan ada kemudahan,

rahmat Allah ingatkan sentiasa,

di sebalik ombak yang ganas,

ada pantai yang memutih indah,

di sebalik badai ditengah lautan,

ada mutiara bersinar cemerlang,

rahmat tuhan pasti datang,

pada insan yang beriman.